Bagaimanakah cara melindungi data saya dalam talian?
Anda hendaklah sentiasa berhati-hati dengan permintaan yang tidak diundang melalui e-mel, teks, panggilan dan saluran media sosial. Jangan sekali-kali beri maklumat peribadi anda melalui platform ini dan sentiasa periksa sama ada alamat e-mel kelihatan berbeza sedikit berbanding alamat e-mel rasmi. Tapak web sepatutnya sentiasa terkunci dengan https:// dan jangan muat turun sebarang fail atau program daripada sumber yang tidak diketahui kepada mana-mana peranti anda.
Sila ingat sentiasa bahawa syarikat yang bereputasi tidak akan meminta akaun peribadi anda atau maklumat pembayaran. Jika anda rasa syak, sila hubungi kami dengan segera melalui Sokongan Pelanggan.
Pejabat Perlindungan Data kami memastikan pematuhan GDPR di markets.com. Syarikat sentiasa diaudit oleh pihak dalaman dan luaran terhadap semua alat kawalan dan pemantauan yang digunakan untuk melindungi sistem dan data kami. Untuk sebarang pertanyaan atau membuat aduan, sila hubungi privacy@markets.com.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut cara memastikan diri anda dilindungi dalam talian, sila lihat laman keselamatan dalam talian kami: https://www.markets-apac.com/my/about/fraud
Apakah hak yang saya ada berkenaan pengumpulan data diri saya?
Walaupun perkara berikut tertakluk kepada pengecualian dan batasan tertentu, anda berhak untuk:
– meminta akses dan salinan data peribadi anda.
– meminta kami membetulkan data yang kami simpan berkenaan diri anda.
– meminta kami menghapuskan semua maklumat peribadi anda. Sila ambil perhatian bahawa jika berkenaan, kami dikehendaki menyimpan maklumat ini hingga 5 tahun untuk memenuhi kewajipan AML kami dan oleh itu, permintaan tersebut mungkin tidak akan dipenuhi.
– meminta kami memindahkan maklumat anda kepada pembekal lain.
– membantah pemprosesan data peribadi anda.
– meminta agar anda tidak menjadi mangsa pembuatan keputusan individu secara automatik, termasuk pemprofilan.
Untuk membangkitkan mana-mana hak yang disebutkan di atas, sila hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami atau melalui privacy@markets.com
Adakah anda memindahkan data saya ke luar daripada EU/EEA?
Sebagai entiti operasi global, kami mungkin memindahkan data ke luar EU/EEA untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik. Ini mungkin termasuk pemindahan ke negara ketiga yang secara asalnya tidak memastikan tahap perlindungan data peribadi anda yang mencukupi. Walau bagaimanapun, apabila data dipindahkan kepada pembekal di negara ketiga tersebut, kami melaksanakan perlindungan yang sesuai untuk memastikan tahap pematuhan yang sama yang biasanya dijamin oleh bidang kuasa EU. Selain itu, data anda hanya akan dipindahkan ke negara ketiga jika ia dibenarkan di bawah undang-undang perlindungan data.
Adakah anda memindahkan data saya ke luar UK?
Sebagai entiti operasi global, kami mungkin memindahkan data ke luar UK untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik. Ini mungkin termasuk pemindahan ke negara ketiga yang secara asalnya tidak memastikan tahap perlindungan data peribadi anda yang mencukupi. Walau bagaimanapun, apabila data dipindahkan kepada pembekal di negara ketiga tersebut, kami melaksanakan perlindungan yang sesuai untuk memastikan tahap pematuhan yang sama yang biasanya dijamin oleh bidang kuasa UK. Selain itu, data anda hanya akan dipindahkan ke negara ketiga jika ia dibenarkan di bawah undang-undang perlindungan data.
Apakah jenis data yang anda simpan berkenaan diri saya?
Data peribadi yang kami proses berkenaan anda sebagai pelanggan termasuk:
– Maklumat identiti, kediaman dan maklumat hubungan.
– Rekod perjanjian perniagaan kami dengan anda melibatkan data yang diperoleh daripada penggunaan platform, ap mudah alih, talian telefon yang dirakam, bangunan pejabat dan aktiviti pemasaran kami.
– Rekod kenali pelanggan anda (know your customer - KYC), termasuk butiran pasport, nombor keselamatan sosial, data dan tempat lahir, sumber kekayaan, hubungan dengan pegawai awam.
– Maklumat kewangan seperti butiran akaun bank, pendapatan, aset, wang keluar.
Adakah anda berkongsi data saya dengan mana-mana pihak luar?
Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan beberapa penerima seperti pengawal selia, institusi kewangan, pihak berkuasa awam, penasihat profesional, juruaudit dan penanggung insurans. Walau bagaimanapun, kami hanya akan mendedahkan data peribadi berkenaan diri anda setakat yang dibenarkan di bawah peraturan GDPR. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pihak luar yang kami berkongsi maklumat anda, sila semak Dasar Privasi kami.
Apakah tujuan memproses data saya?
Untuk memenuhi hubungan perniagaan kami dengan anda, kami mesti mengumpul data ini untuk memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan. Sebagai institusi kewangan yang beroperasi di bawah peraturan yang ketat, kami terpaksa mengumpulkan maklumat ini daripada anda untuk beroperasi mengikut undang-undang.
Pemprosesan data dijalankan pada maklumat yang anda berikan kepada kami serta pada sumber luaran yang tersedia secara awam (cth. akhbar, daftar syarikat, tapak web dalam talian, platform media sosial dll.) dan pangkalan data anti-penipuan, senarai sekatan.
Tujuan kami memproses data peribadi anda diterangkan dengan lebih lanjut di bawah:
– Untuk memenuhi pelaksanaan kontrak
Sebagai permulaan hubungan perniagaan kami dengan anda, kami terpaksa mengumpulkan maklumat yang berkaitan agar dapat membuat kontrak dengan sah. Untuk maklumat lanjut, sila semak Dasar Privasi kami.
– Untuk memenuhi kewajipan undang-undang
Sebagai firma pelaburan perkhidmatan kewangan, kami tertakluk kepada beberapa akibat undang-undang yang memerlukan kami mengumpul, menyimpan dan mendedahkan, atau memproses data peribadi dalam bentuk pemeriksaan KYC, tujuan anti pengubahan wang haram atau tindak balas kepada penyiasatan yang dijalankan oleh pengawal selia, polis, pihak berkuasa cukai atau awam yang lain.
– Kepentingan yang sah
Kami bergantung pada kepentingan yang sah kami apabila memproses data peribadi anda berkaitan dengan operasi perniagaan kami. Ini termasuk analisis perniagaan dan pembangunan produk dan perkhidmatan, keselamatan Teknologi Maklumat, rakaman telefon dan pemantauan komunikasi elektronik untuk tujuan perniagaan dan pematuhan, pencegahan jenayah kewangan, audit dan menegakkan tuntutan undang-undang.
– Mengikut persetujuan anda
Untuk memproses data anda, kami dikehendaki mendapatkan persetujuan anda ketika memulakan hubungan perniagaan. Anda boleh menarik balik izin anda terhadap sebarang jenis komunikasi pemasaran yang anda terima daripada kami dalam bentuk panggilan, teks, pemberitahuan tolak dan panggilan. Bagaimanapun, jika anda menarik balik izin anda terhadap Terma dan Syarat serta Dasar Privasi kami, kami terpaksa menghentikan perkhidmatan kepada anda. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh menarik balik izin anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Sokongan Pelanggan atau privacy@markets.com.
Mengapa anda mengumpulkan data peribadi saya?
Maklumat yang kami kumpul daripada anda akan membantu kami memenuhi kewajipan undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan syarat pelaporan kawal selia. Butiran ini diberikan oleh anda melalui peringkat pendaftaran dan setiap kali anda mendaftar kaedah pembayaran baharu dengan kami atau dalam apa jua cara menyegarkan atau mengemas kini maklumat anda.
Siapa yang bertanggungjawab atas pemprosesan data saya?
Finalto (BVI) Limited dikawal selia oleh FSC di bawah lesen bernombor SIBA/L/14/1067 yang beralamat di Ritter House, Wickhams Cay II, Road Town, Tortola, VG1110, British Virgin Islands
Finalto (BVI) Limited ialah entiti yang mengumpulkan data anda. Untuk maklumat lanjut atau untuk melaporkan aduan yang mencurigakan, sila hubungi support@markets.com atau privacy@markets.com dengan segera.
Adakah anda berkongsi data peribadi saya dengan mana-mana pihak ketiga?
Data anda yang diproses oleh kami hanya dikongsi dengan orang dalam kumpulan dan/atau pihak ketiga yang bukan sekutu jika perlu, demi ketersediaan perkhidmatan tertentu yang disediakan kepada anda oleh kami dan teknologi yang digunakan untuk menyediakannya.
Kami tidak akan mendedahkan butiran anda kepada mana-mana pihak atau entiti selain daripada yang dinyatakan di atas. Semua pejabat kami dilengkapi dengan peranti dan program teknikal yang paling maju, semua data disimpan dalam pelayan yang dilindungi dengan ketat, jadi kebocoran sebarang bentuk maklumat tidak akan berlaku.
Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk Dasar Privasi kami. Anda boleh membangkitkan sebarang kebimbangan berkaitan privasi anda kepada privacy@markets.com.
Bagaimanakah cara menghapuskan data saya?
Anda boleh menyerahkan permintaan anda melalui e-mel kepada support@markets.com. Selepas diterima, setiap permintaan akan disemak secara menyeluruh, yang mungkin akan mengambil masa hingga 10 hari. Dalam tempoh ini, anda akan dihubungi selanjutnya dengan maklumat lanjut mengenai kes anda.
Sekiranya anda mempunyai sejarah kewangan dengan kami, data anda perlu disimpan dalam sistem kami selama sekurang-kurangnya 5 tahun sejak tarikh transaksi terakhir anda. Butiran lanjut berkenaan topik ini boleh didapati di sini. “Berapa lama anda akan menyimpan data saya?”
Berapa lama anda akan menyimpan data saya?
Kami menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan dan berkaitan dengan tempoh berikut:
– 5 tahun dari tarikh akaun pelanggan anda ditamatkan.
– Sebarang tempoh pengekalan yang dikehendaki oleh undang-undang.
– Sebarang keperluan untuk menyimpan rekod melebihi tempoh di atas untuk mengendalikan kemungkinan audit, urusan cukai atau untuk menegakkan, melaksanakan atau membela tuntutan undang-undang.
Masih ada soalan?
Jika anda ada soalan atau perlukan bantuan, sila bercakap dengan pasukan kami, dapatkan jawapan kepada soalan anda atau jika anda memerlukan lebih banyak pandangan cara berdagang di markets.com – kami sedia membantu.